LIMA PERKARA
Menjadi lumrah manusia, maka akan
menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran
selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan
leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah
kemurkaan.
Apabila Allah S.W.T memberi ingatan.
Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir
apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila
menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa
sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa
mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa
mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Hadis ini memperlihatkan kepada kita
betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya
kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka
bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh
menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
Sikap mengambil mudah ini menyebabkan
begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu
hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi
oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
Manusia mudah leka apabila mereka
dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra
dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang
sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.
Masa kaya sebelum miskin dengan
mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan
sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan
akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan
sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah
menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.
Begitu juga cara untuk mengisi masa
sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu
seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara
membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang
yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang
itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara
membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.
Cuba kita yang sihat ini bayangkan,
bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di
katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah
hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa
kita sangka-sangka itu?.
Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh
kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan
manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada
kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan
semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa
berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh
perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan
dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa
keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti
bunga.
Sudah tentu perkara terakhir yang
merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau
terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun
mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi
kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang
sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap
mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi
tempat untuk beramal ibadat.
Masa mati adalah masa untuk menerima
balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan
merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa
bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
Justeru demi memperolehi keselamatan
hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan
Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi.
Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga
kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang
mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
Allah S.W.T berfirman dalam surah
Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka
berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."
#Mudah-mudahan kita semua mendapat
keredhaan Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment