Sunday, October 1, 2017

Kenangan Hari Raya Tahun 2017


Ranz bersama Bapa dan Mama

Assalamualaikum w.b.t,
Dah lama saya tidak updates blog ni. Bukan apa sekarang dekat rumah mana ada wifi harapkan data itu pun bukan banyak. Sekarang ni mcm rindu pulak dengan blogku yang tak seberapa ni. Oklah tajuk hari ni berkenaan dengan kenangan masa hari raya tahun ni. mungkin cerita ini agak ditelan zaman cehhh! tapi tak apalah nak buat kenangan sedikit. 


Gambar bersama adik beradik

Memang boleh kata kami semua ni superman! saya adalah anak bongsu dalam Jusih's Family. Waktu dulu saya tak berapa rapat dengan abang saya disebabkan saya pada waktu itu saya masih kecil. Beza umur dengan abang no5 pun jarak 5 tahun apatah lagi yang lain kan. So raya tahun agak meriah dimana semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama.. Bukan mcm raya sebelum ini.


Anak Buah saya

Al kisah hidup ni memang ibarat seperti roda. Cepat saja masa berlalu. tengok ni dah ada 9 orang anak buah belum masuk yg ke-10 yang baru lahir. Dekat dalam gambar ini cuma ada 9 sahaja yang 1 lagi masih dalam perut. So ikut tahun 2017 mmg anak buah akan menjadi 11 orang lagi.. satu masih belum lahir dan lagi satu baru lahir pada bulan ini. Waktu first buat blog rasanya anak buah saya baru 3 orang.


Seluruh Ahli keluarga

Tengok dekat gambar atas. Ramai kan ? mana lagi semua anak buah Ranz yang begitu sihat dan cergas. Tapi kalau mereka semua balik ke tempat masing2 punyalah sunyi yg ada dekat rumah hanya Ranz, bapa dan mama. Memang rasa sunyi jugalah. So kalau hari raya mmg dapat berkumpul bersama. Memang berasa seronok!. That's all for today ~ Assalamualaikum

P/S : Bersama Keluarga Tersayang Memang Bahagia





No comments:

Kenangan Hari Raya Tahun 2017

Ranz bersama Bapa dan Mama Assalamualaikum w.b.t, Dah lama saya tidak updates blog ni. Bukan apa sekarang dekat rumah mana ada wifi ha...