Assalamualaikum,yeahh ! baru balik dari sekolah Ranz ni fuh ! banyak kerja sekolah cikgu beri -.-".Apa kata jom kita muhasabah diri dengan membaca Al-Quran insyaallah apabila kita membaca Al-Quran akan mendapat kebaikan-kebaikannya.Baru tengok Al-Quran dah dapat pahala apatah lagi jikalau kita amalkan selalu membaca Al-Quran mesti berlipat-lipat kali ganda pahala diberi subahanallah indahnya islam kan ?..
Antara kebaikan membaca Al-Quran ialah;-
1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,
apat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.
3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.
4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat
5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut
6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw
7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat
8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan
9. Mententeram jiwa yang resah
10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi
11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".
12. Dapat membina akhlak yang baik
13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)
14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.
15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.
16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.
17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.
18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.
19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil
Dengan itu kita sentiasalah amalkan membaca Al-Quran supaya kita boleh peroleh manfaat di dunia dan di akhirat ameeen :).Happy Blogging Alls
2 comments:
Assalamualaikum
insyallah..nice share...amalkan untuk mendapat keberkatan daripadaNya~
Post a Comment