Sunday, October 1, 2017

Kenangan Hari Raya Tahun 2017


Ranz bersama Bapa dan Mama

Assalamualaikum w.b.t,
Dah lama saya tidak updates blog ni. Bukan apa sekarang dekat rumah mana ada wifi harapkan data itu pun bukan banyak. Sekarang ni mcm rindu pulak dengan blogku yang tak seberapa ni. Oklah tajuk hari ni berkenaan dengan kenangan masa hari raya tahun ni. mungkin cerita ini agak ditelan zaman cehhh! tapi tak apalah nak buat kenangan sedikit. 


Gambar bersama adik beradik

Memang boleh kata kami semua ni superman! saya adalah anak bongsu dalam Jusih's Family. Waktu dulu saya tak berapa rapat dengan abang saya disebabkan saya pada waktu itu saya masih kecil. Beza umur dengan abang no5 pun jarak 5 tahun apatah lagi yang lain kan. So raya tahun agak meriah dimana semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama.. Bukan mcm raya sebelum ini.


Anak Buah saya

Al kisah hidup ni memang ibarat seperti roda. Cepat saja masa berlalu. tengok ni dah ada 9 orang anak buah belum masuk yg ke-10 yang baru lahir. Dekat dalam gambar ini cuma ada 9 sahaja yang 1 lagi masih dalam perut. So ikut tahun 2017 mmg anak buah akan menjadi 11 orang lagi.. satu masih belum lahir dan lagi satu baru lahir pada bulan ini. Waktu first buat blog rasanya anak buah saya baru 3 orang.


Seluruh Ahli keluarga

Tengok dekat gambar atas. Ramai kan ? mana lagi semua anak buah Ranz yang begitu sihat dan cergas. Tapi kalau mereka semua balik ke tempat masing2 punyalah sunyi yg ada dekat rumah hanya Ranz, bapa dan mama. Memang rasa sunyi jugalah. So kalau hari raya mmg dapat berkumpul bersama. Memang berasa seronok!. That's all for today ~ Assalamualaikum

P/S : Bersama Keluarga Tersayang Memang Bahagia





Monday, March 20, 2017

Lepak Dengan Kawan

Dir, Irwan dan Ranz

Assalamualikum,
Yo! Blogger sekalian bila dapat jumpa dengan members ni mmg happy gila lah ! sbb dah 4 tahun tak jumpa. Since last SPM itu adalah hari terakhir Ranz jumpa dengan budak  2 orang ni. Yang dir ni dia pakai cap sekarang jadi tentera dah. Irwan yang pakai spek itu dah jadi cikgu. Ranz ni ? masih dalam process untuk dalam kerjaya hahaha !. 

Seronok main smartphone :p

Memang rasa mcm budak 2 orang ni langsug tiada perubahan sama ja. Macam bila lepak terasa macam baru ja semalam jumpa padahal dah lama gila tak jumpa. Aku memang rindu dorang sebenarnya haha tapi apa boleh buat aku belajar kat semenanjung. Itulah jarang jumpa buddies borneo ni. Tapi yang dir mmg boleh jumpa punya lah sebab dia kena posting dekat Kuala Lumpur mmg dekat sikit dengan tempat Ranz. 

Curi cap kawan

Tapi rasa macam betul tak puas hati sebab lepak mmg betul2 sekejap. Rasanya kalau lepak 1 malam pun mungkin mmg tak cukup sebab diorang mmg geng karas aku haha. Dulu dekat sekolah memang selalu jumpa sekarang masing2 ada haluan masing jadi kitaorang just keep in touch saja. 


P/S : Sahabat Tetap Sahabat 

Sunday, March 19, 2017

Gambar Keluarga Saya

Ini Gambar Adik Beradik Ranz

Assalamualaikum,
Dulu bukan main lagi Ranz aktif update blog. Dah dekat setahun tak sentuh blog. Bila jenguk2 blog tiba2 rasa rindu nak update balik "Ranz Blog". Tapi kali ni Ranz update pasal gambar Family. Tengok lah gambar adik beradik aku semua superhero. Aku adalah anak bongsu dari 6 adik beradik. Kenapa aku update di blog sebab masa begitu cepat berlalu. So aku nak buat benda ni jadi kenangan. Abang2 aku semua dah kahwin kecuali aku saja belum. 

Keseluhuran Ahli Keluarga

Tengok gambar atas banyak kan. Anak buah pun dah masuk 9 orang, kakak ipar pula 5 orang. Mesti korang tertanya-tanya kan ? apa cerita Ranz ni ? sekarang aku baru habis praktikal untuk diploma. In Syah Allah 27/3/2017 aku masuk degree. So, kembali kepada cerita ini tak kisah lah member korang cakap korang ni "anak mak" yang penting selagi mereka ada hargailah mereka. Wassalam

P/S : Keluargaku 

Saturday, May 28, 2016

Ranz Kembali Lagi


Kini sekarang aku telah kembali berblog di "Ranz Blog". Aku hampir lupa mengenai cara berblog ini. Alangkah sedihnya aku kerana nak edit blog pun hampir berjam-jam lamanya. Aku mulai memasuki ke alam blog ni pada 17 August 2012. Dimana abang saya kroleZone selalu mengajari aku bagaimana cara "berblogging". Kini aku berusia 20 tahun maknanya blogni betul-betul hampir 4 tahun lamanya. Apa Cer "Ranz Blog" ni? aku sekarang tengah belajar di sebuah institusi "private" (nama institusi tidak dipaparkan). Memang sekali aku terlalu sibuk dengan dunia belajar dan juga kerja part-time sebagai pelajar. 


Hidup ni bagaikan putaran roda, hari demi hari usiaku bertambah. Aku (A.K.A) Ranz mungkin post pada tahun 2012 dan 2013 mungkin agak kurang matured hahaha. Bagaimana dengan sekarang ??? masih juga dengan perangai kanak-kanak ribena tu tapi sejak tinggal di perantau orang ni aku cuba belajar menjadi mature dari segi fikiran dan pembawaan characters saya. Tambahan pula, aku berasa janggal (awkward) bila update blog ni aku susah mencari idea untuk update ni blog hmm sedih pulak rasanya. Setakat itu sahaja yang Ranz dapat kongsikan kepada bloggers sekalian. 

P/S : ThrowBack Our Story 


Thursday, March 26, 2015

Matlamat


Assalamualaikum,
 Tak sangka saya dah mempunyai blog hampir 4 tahun sudah. Hari demi hari Ranz hampir lupa dengan blog ni. Alhamdulillah saya bernafas hari ini dan bloger2x sekalian apa khabat ? ingat saya lagi tak ? mesti banyak dah tak ingat dengan saya *gurau2x*. Berkenaan dengan tajuk saya "matlamat" sebenarnya sejak dari kecil lagi saya dah mempunyai matlamat cuma matlamat tu masih lagi process untuk menjadi kenyataan. Sekali lagi saya hendak ucapkan alhamdulillah terhadap diri sendiri sebab keputusan sem 2 saya dah meningkat. Sem 2 ada lima subjek dan saya hanya dapat 2a 2b 1c pointer 3.0 cuma ada sedikit sedih sebab ada c tapi yang penting saya dah buat yang terbaik pada diri sendiri. Ini semua berkat dari doa ibu bapa serta support daripada keluarga saya dan kawan-kawan saya. 

Mulai hari ni saya akan cuba untuk berusaha bersungguh-sungguh walaupun bukan yang terbaik tapi yang penting semangat untuk mencuba menjadi yang terbaik bahkan tidak lupa juga dengan hal akhirat. Apabila seseorang itu mengejar hal dunia sahaja akhirat akan jauh darinya tapi bila seseorang itu mengejar hal akhirat automatic hal dunia akan mengikuti kita, maknanya kenalah balance antara dunia dan di akhirat kelak nanti. Balik kepada topik kat atas tu, matlamat saya ingin menjadi seorang yang berjaya dalam sektor _ _ _ masih belum boleh didedahkan In sha Allah nanti saya bagi tau. Oklah itu sahaja yang dapat Ranz kongsikan kepada blogger sekalian. 

P/S :- Practice make perfect  





Monday, September 29, 2014

Dapat Hadiah daripada Giveaway September by Karya Mahirah



Sungguh bertuah rasanya Alhamdulillah ada jugalah income datang ^_^ terima kasih diucapkan kepada "Karya Mahirah"

Kenangan Hari Raya Tahun 2017

Ranz bersama Bapa dan Mama Assalamualaikum w.b.t, Dah lama saya tidak updates blog ni. Bukan apa sekarang dekat rumah mana ada wifi ha...